Select Your Region

Amerika Utara

Amerika Latin

Eropah

Timur Tengah

Afrika

India

Lingkungan Pasifik

Australia dan New Zealand

  • Australia and New Zealand
  • English

Terma-terma penggunaan laman sesawang

JLG Industries, Inc., sekutu dan subsidiarinya (secara kolektif “JLG”) mengalu-alukan kedatangan anda. Perjanjian Terma Penggunaan Laman Web (“Perjanjian”) berikut mentadbir akses kepada dan penggunaan laman web (“Perkhidmatan”) ini dan aplikasi mudah alih JLG (“Aplikasi”) jika berkenaan. Sila semak Perjanjian ini dengan teliti. Dengan mengakses dan menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju untuk diikat secara sah di sisi undang-undang oleh semua terma, syarat dan notis yang terkandung atau dirujuk dalam dokumen ini.

1. Hak Cipta

Semua hak cipta dalam bentuk teks, imej, fotograf, grafik, antara muka pengguna, dan kandungan lain yang disediakan oleh Perkhidmatan ini, dan pilihan, koordinasi, organisasi, reka bentuk, kompilasi, penterjemahan magnetik, penukaran digital, dan susunan kandungan ini, adalah milik JLG atau pemberi lesen pihak ketiga, sepenuhnya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Hak Cipta Amerika Syarikat dan semua undang-undang hak cipta antarabangsa. Di bawah undang-undang hak cipta yang berkuat kuasa, anda dilarang daripada menyalin, menghasilkan semula, mengubah suai, mengedar, memaparkan, melaksanakan atau menghantar apa-apa kandungan Perkhidmatan ini bagi apa jua tujuan. Tiada sesuatu yang tersurat atau tersirat mengenai Perkhidmatan ini memberi anda sebarang lesen atau hak di bawah sebarang hak cipta JLG atau mana-mana pihak ketiga.

Perkhidmatan ini dan maklumat yang terkandung dalam rujukan dokumen ini adalah bagi tujuan makluman sahaja. Anda adalah dengan ini diberi kuasa untuk memuat turun maklumat daripada laman web ini semata-mata bagi tujuan melihat sahaja. Sebarang penggunaan atau penghasilan semula, salinan, pengedaran semula atau penerbitan sebarng perkara seperti ini pada laman web JLG yang lain oleh anda, termasuk kerja-kerja derivatif, dilarang sama sekali tanpa persetujuan bertulis yang jelas daripada JLG. Permintaan izin untuk menghasilkan semula sebarang maklumat pada Perkhidmatan ini hendaklah dialamatkan kepada Pentadbir E-Perdagangan (E-Commerce Administrator), 13224 Fountainhead Plaza, Hagerstown, MD 21742 AS, e-mel ecom@jlg.com.

Tanpa mengira sebarang perkara yang dinyatakan di atas, JLG memberi anda kebenaran untuk membuat satu (1) salinan maklumat yand disiarkan pada mana-mana halaman Perkhidmatan ini dalam bentuk elektronik atau bercetak, dengan syarat salinan tersebut digunakan semata-mata bagi tujuan buan komersil dan peribadi sahaja, dan dengan syarat lanjut yang semua hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, dan notis serta petunjuk lain yand terkandung ada Perkhidmatan ini. Usaha mendapatkan kembali data atau kandungan lain secara sistematik daripada Perkhidmatan ini untuk membuat atau mengumpulkan, secara langsung atau tidak langsung, satu koleksi, kompilasi, pangkalan data atau direktori tanpa keizinan bertulis daripada JLG adalah dilarang.

2. Hak Tanda Dagangan dan Perkhidmatan

Semua hak dalam nama produk, nama syarikat, nama dagangan, logo, pembungkusan dan reka bentuk semua produk atau perkhidmatan JLG atau pihak ketiga, tidak kira sama ada tertera dalam cetakan besar atau  mempunyai simbol tanda dagangan atau tidak, adalah milik eksklusif JLG atau pemiliknya masing-masing, dan dilindungi daripada salinan, peniruan, pencairan atau penggunaan yang atau yang mengelirukan atau yang mengabui di bawah undang-undang tanda dagangan dan hak cipta negara dan antarabangsa. Penggunaan atau salah guna tanda dagangan ini atau apa-apa bahan, melainkan sebagaimana yang diizinkan dalam perjanjian ini, adalah dilarang secara jelas dan tiada sesuatu yang tersurat atau tersirat dalam Perkhidmatan ini memberi anda sebarang lesen atau hak di bawah sebarang paten atau tanda dagangan JLG atau mana-mana pihak ketiga.

3. Pengubahsuaian Perjanjian Ini

JLG berhak untuk meminda Perjanjian ini pada bila-bila masa. Anda diikat oleh sebarang semakan berkaitan dan dengan itu, hendaklah mengunjungi halaman ini dari semasa ke semasa untuk menyemak Perjanjian Terma Penggunaan terkini yang mengikat anda. Penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda selepas penyiaran pengubahsuaian yang dibuat kepada Perjanjian ini, akan mengisyaratkan bahawa anda menerima Perjanjian ini sebagaimana yang telah diubah suai. Jika, pada bila-bila masa, anda tidak mahu menerima Perjanjian ini, anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan ini.

4. Pautan ke Perkhidmatan Pihak Ketiga

Laman web JLG mengandungi pautan ke laman-laman lain di Internet. Laman-laman ini tidak berada di bawah kawalan JLG, dan JLG tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, ketepatan, kesahan di sisi undang-undang atau sebarang aspek lain kandungan laman berkenaan. Kemasukan sebarang laman web yang dipautkan pada laman web JLG tidak mengisyaratkan persetujuan atau pengendorsan laman web yang dipautkan tersebut, atau produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman tersebut, oleh JLG. JLG MENAFIKAN SECARA JELAS APA-APA WARANTI ATAU REPRESENTASI, SAMA ADA TERSURAT ATAU TERSIRAT, BERHUBUNG LAMAN-LAMAN WEB PIHAK KETIGA INI SERTA KANDUNGANNYA. Jika anda memutuskan untuk meninggalkan laman web JLG dan mencapai laman web pihak ketiga tersebut, anda melakukannya atas risiko anda sendiri.

5. Obligasi

Anda dikehendaki mematuhi semua undang-undang yang berkuat kuasa berhubung penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda, dan sekatan lanjut yang berkaitan sebagaimana yang mungkin telah dinyatakan secara bertulis atau dalam bentuk notis pada skrin daripada JLG. Sebagai syarat bagi penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda, anda menjamin bahawa anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan ini bagi sebarang tujuan yang bercanggah dengan undang-undang tau dilarang oleh Perjanjian ini.

6. Penggunaan Yang Dilarang Secara Am

Tanpa mengehadkan perkara yang dinyatakan di atas, anda bersetuju untuk tidak menghantar, mengedar atau menyampaikan maklumat atau bahan lain kepada atau menerusi Perkhidmatan ini yang:

(a) dilindungi oleh hak cipta, melainkan anda pemilik hak cipta tersebut;

(b) mendedahkan rahsia perdagangan, kecuali anda pemiliknya;

(c) melanggar sebarang hak intelektual pihak lain atau hak privasi atau publisiti pihak lain;

(d) lucah, menghina, mengancam, mengganggu, mendera, menimbulkan kebencian, bersifat fitnah atau memalukan mana-mana individu atau entiti lain seperti yang ditentukan oleh JLG menurut budi bicara tunggalnya;

(e) bersifat eksplisit secara seksual;

(f) merangkumi iklan atau usaha mengumpan perniagaan, tinjauan, peraduan, surat berantai atau skim piramid; atau

(g) mengandungi virus, kuda Trojan, cecacing, bom masa, atau rutin pengaturcaraan atau enjin komputer yang berniat untuk merosakkan, mengganggu sehingga menjejaskan, memintas secara mencuri-curi atau mengekspropriasi sebarang sistem, data atau maklumat.


Anda selanjutnya bersetuju untuk tidak:

(a) menggunakan sebarang maklumat biografi yang tidak lengkap, palsu atau tidak tepat atau maklumat lain bagi tujuan mendaftar sebagai pengguna Perkhidmatan ini, atau bagi tujuan mendaftar untuk sebarang promosi yang ditawarkan menerusi Perkhidmatan ini;

(b) memadam atau menyemak semula sebarang bahan atau maklumat lain bagi sebarang pengguna lain atau JLG;

(c) menuai atau sebaliknya mengumpul maklumat mengenai orang lain, termasuk alamat e-mel, tanpa persetujuan mereka;

(d) mengambil sebarang tindakan yang memberi beban yang tidak munasabah dan tidak berkadaran kepada infrastruktur Perkhidmatan ini;

(e) menggunakan sebarang peranti, perisian atau rutin untuk mengganggu atau cuba mengganggu pengendalian Perkhidmatan yang sewajarnya atau sebarang aktiviti yang dikendalikan di laman ini;

(f) menggunakan atau cuba untuk menggunakan sebarang enjin, perisian, alat, ejen atau peranti atau mekanisme (termasuk tanpa had, pelayar, lelabah, robot, avatar atau ejen pintar) untuk melayari atau mencari Perkhidmatan ini selain daripada enjin carian dan ejen carian yang disediakan daripada JLG pada Perkhidmatan ini dan selain daripada pelayar web pihak ketiga yang disediakan secara am (cth., Netscape Navigator dan Microsoft Internet Explorer);

(g) membenarkan mana-mana orang atau entiti lain menggunakan nama pengguna atau kata laluan bagi menyiar atau melihat komen atau menghantar atau menerima bahan; atau

(h) mencuba untuk mentafsir kod, menyahkompilasi, merungkai atau melakukan kejuruteraan berbalik pada mana-mana perisian yang merangkumi atau dalam apa cara sekali pun menjadi sebahagian daripada Perkhidmatan ini.


JLG juga berhak untuk mendedahkan sebarang maklumat yang perlu untuk memenuhi keperluan undang-undang yang berkuat kuasa, peraturan, proses undang-undang atau permintaan kerajaan, atau untuk menyunting, enggan untuk menyiarkan atau untuk mengeluarkan sebarang maklumat atau bahan, secara keseluruhan atau sebahagiannya.

7. Dasar Privasi

Anda membenarkan dan bersetuju dengan terma Dasar Privasi JLG ini.

JLG Industries, Inc., syarikat induk dan subsidiarinya komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan bernilai terbaik di lapangan dan dalam talian kepada pelanggan, pemegang saham, pengedar dan pembekalnya. Dengan mendaftar dengan atau menghubungi kami melalui laman web dan Aplikasi JLG, anda bersetuju bahawa sebarang maklumat atau komen yang anda beri bolehn dikongsi antara JLG, syarikat sekutu dan pengedarnya, dan digunakan tanpa had untuk memproses pesanan pelanggan dan menambah baik atau memasarkan produk dan perkhidmatan kami.


8. Penafian

JLG tidak menjamin capaian berterusan, tanpa gangguan atau yang selamat ke laman webnya dan capaian anda ke dan operasi laman web ini mungkin terjejas oleh beberapa faktor di luar kawalan JLG. Di samping itu, JLG tidak membuat representasi atau mengendors ketepatan dan kebolehpercayaan mana-mana maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Meskipun maklumat yang terkandung dalam dokumen ini dipercayai tepat, ia mungkin mengandungi ralat, ketidaktepatan atau pengabaian. Anda dengan ini mengakui bahawa pergantungan pada sebarang maklumat yang terkandung dalam dokumen ini hendaklah atas risiko tunggal anda sendiri dan JLG tidak bertanggungjawab bagi sebarang kesalahan, ketidaktepatan atau pengabaian yang terkandung di dalamnya.

MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN INI DISEDIAKAN ATAS DASAR “SEBAGAIMANA YANG TERSEDIA” DAN JLG MENAFIKAN SECARA JELAS SEBARANG DAN SEMUA WARANTI, SAMA ADA SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK TANPA HAD, WARANTI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU DAN KETIDAKLANGGARAN MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DALAM DOKUMEN INI.

9. Had Liabiliti

JLG atau sekutunya, atau mana-mana pihak yang terlibat dalam pembuatan, pengeluaran atau penghantaran perkhidmatan ini, atau pada mana-mana laman web yang dipautkan ke Perkhidmatan ini, tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekalipun bagi sebarang ganti rugi langsung, sampingan, yang terhasil, tidak langusng, khas atau punitif DALAM APA JUA BENTUK, SAMA ADA BERDASARKAN PELANGGARAN KONTRAK, PELANGGARAN WARANTI, TORT, TERMASUK KELALAIAN, LIABILITI PRODUK ATAU SEBALIKNYA. TIADA MAKLUMAT, SAMA ADA LISAN ATAU BERTULIS, YANG DIPEROLEH OLEH ANDA DARIPADA JLG MENERUSI LAMAN WEB INI AKAN MEWUJUDKAN SEBARANG WARANTI, REPRESENTASI ATAU JAMINAN. JLG MENAFIKAN SECARA JELAS SEBARANG OBLIGASI UNTUK MENGEMAS KINI MAKLUMAT YANG DISIARKAN PADA LAMAN WEB INI.

10. Penanggungan Kerugian

Apabila diminta oleh JLG, anda bersetuju untuk mempertahankan, menanggung kerugian, dan memastikan JLG dan subsidiari, pegawai, ejen, rakan jenama bersamanya atau rakannya yang lain dan kakitangannya tidak dimudaratkan oleh sebarang liabiliti, tuntutan dan perbelanjaan, termasuk fi peguam yang munasabah, yang dibuat oleh pihak ketiga oleh kerana atau berpunca daripada maklumat atau bahan yang anda serah kepada mereka atau hantar kepada mereka menerusi Perkhidmatan ini, penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda, pelanggaran Perjanjian ini oleh anda atau pelanggaran sebarang hak pihak lain oleh anda.

11. Undang-undang Sekuriti

Laman web ini mengandungi pernyataan yang bersifat memandang ke hadapan seperti yang ditakrifkan oleh Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan yang memandang ke hadapan ini mungkin melibatkan risiko dan ketidakpastian tertentu, yang boleh mengakibatkan hasil sebenar berbeza secara material, termasuk permintaan berkitar, asas pelanggan yang disatukan, liabiliti produk, ketersediaan komponen produk, kesukaran untuk menyepadukan dua organisasi perniagaan dan mencapai potensi perniagaan dan sinergi operasi dan risiko lain, seperti yang diperincikan dalam laporan yang difailkan oleh JLG dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran. Laman web JLG dan maklumat yang terkandung dalam dokumen ini tidak merangkumi tawaran atau usaha mengumpan tawaran jualan sekuriti. Tiada satu pun maklumat yang terkandung dalam laman web ini dihasratkan sebagai, dan tidak boleh disifatkan sebagai dimasukkan ke dalam mana-mana pemfailan atau dokumen yang berkaitan dengan sekuriti JLG. JLG menafikan sebarang niat atau obligasi untuk mengemas kini pernyataan memandang ke hadapan ini.

12. Pilihan Undang-undang dan Forum

Perjanjian ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Commonwealth of Pennsylvania, Amerika Syarikat, tidak termasuk peraturan percanggahan undang-undangnya. Anda dan JLG bersetuju secara jelas untuk berserah kepada bidang kuasa eksklusif dan lokasi mahkamah negeri atau Persekutuan dalam Commonwealth of Pennsylvania, Amerika Syarikat, dalam semua pertikaian yang berpunca daripada atau berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan ini.

13. Kebolehasingan dan Penyepaduan

Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam dokumen ini, Perjanjian ini merangkumi keseluruhan perjanjian antara anda dengan JLG dan mentadbir penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda, menggantikan sebarang komunikasi terdahulu atau pada masa yang sama (sama ada secara lisan, bertulis atau elektronik) antara anda dengan JLG. Jika mana-mana bahagian Perjanjian ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian tersebut hendaklah ditafsirkan dalam cara yang konsisten dengan undang-undang yang berkuat kuasa untuk mencerminkan, sehampir mungkin, niat asal pihak-pihak yang terlibat, dan bahagian yang selebihnya hendaklah kekal berkuat kuasa dan memberi kesan sepenuhnya.

14. Tiada Penepian

Kegagalan JLG untuk menguatkuasakan sebarang peruntukan Perjanian ini atau bertindak balas terhadap pelanggaran oleh anda atau pihak lain, tidak dalam apa jua cara sekalipun menepikan haknya untuk menguatkuasakan selepas itu, sebarang terma atau syarat Perjanjian ini, atau untuk bertindak berhubung pelanggaran yang serupa.

15. Tiada Nasihat Profesional

Sebarang maklumat yang dibekalkan oleh mana-mana kakitangan atau ejen JLG, sama ada menerusi telefon, e-mel, surat, faksimile atau bentuk komunikasi lain, dihasratkan semata-mata sebagai panduan am mengenai penggunaan Perkhidmatan ini, dan tidak merangkumi nasihat undang-undang, cukai, perakaunan atau profesional lain. Situasi individu dan undang-undang negeri berbeza-beza dan pengguna digalakkan supaya mendapatkan nasihat yang sewajarnya daripada profesional yang layak dalam bidang kuasa yang berkaitan.

16. Pelbagai

Anda bersetuju bahawa tiada perhubungan usaha sama, perkongsian, pekerjaan, atau agensi wujud antara anda dengan JLG hasil daripada Perjanjian ini atau penggunaan Perkhidmatan ini. Tiada sesuatu yang terkandung dalam Perjanjian ini adalah pengurangan hak JLG untuk mematuhi permintaan penguatkuasaan kerajaan, mahkamah dan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda atau maklumat yang disediakan kepada atau dikumpulkan oleh JLG berhubung penggunaan tersebut. Versi Perjanjian ini yang dicetak dan sebarang notis yang diberi dalam bentuk elektronik hendaklah boleh diterima dalam prosiding kehakiman atau pentadbiran berdasarkan atau berkaitan dengan Perjanjian ini pada tahap yang sama dan tertakluk pada syarat yang sama dengan dokumen dan rekod perniagaan lain yang dijana pada asalnya dan disimpan dalam bentuk bercetak.

17. Penamatan

JLG berhak, menurut budi bicara tunggalnya, untuk menamatkan capaian kepada semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan ini, dengan atau tanpa memberi notis.

18. Dasar Kuki

Penggunaan kuki penting bagi laman kami. Kuki membolehkan kami menambah baik laman web kami dan menyampaikan pengalaman pelayaran yang diperibadikan kepada anda. Sesetengah kuki yang kami guna, perlu untuk anda berinteraksi dengan laman web ini. Contohnya, anda akan perlu mengenal pasti wilayah dan bahasa anda agar dapat berinteraksi dengan laman web JLG. Kandungan yang khusus peralatan dan wilayah- memerlukan kuki supaya boleh dilihat Anda boleh memadam atau menyekat semua kuki daripada laman ini, tetapi interaksi anda dengan laman web ini akan terhad.

Sebagaimana kami prihatin tentang memastikan anda diberi penyelesaian peralatan yang terbaik, begitulah juga kami prihatin tentang privasi anda. Kami tidak menyimpan maklumat peribadi melalui kuki.

Apakah Kuki?
Kuki ialah cebisan maklumat kecil yang dihantar oleh komputer kami ke pelayar internet anda dan ia disimpan pada komputer anda.

Kuki Apa Yang Kami Gunakan?
Kami menggunakan kuki kefungsian untuk merakam keutamaan anda, contohnya, bahasa atau wilayah anda. Maklumat ini biasanya bersifat tanpa nama dan tidak digunakan bagi sebarang tujuan lain.

Kami juga menggunakan kuki prestasi untuk mengumpul maklumat tentang cara pelawat menggunakan laman web atau Aplikasi kami, iaitu halaman mana yang paling kerap dikunjungi pelawat. Kami menggunakan kuki ini untuk mengumpul maklumat secara tanpa nama di halaman yang telah anda lawati. Namun, sekiranya anda telah memberi data peribadi melalui laman web atau Aplikasi kami, kami mungkin menggabungkan maklumat ini dengan maklumat daripada perkhidmatan analisis web dan kuki untuk menganalisis cara anda menggunakan laman web dan Aplikasi secara lebih terperinci. JLG tidak berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat atau perkhidmatan luar.

Kami menggunakan kuki pihak ketiga pada laman web kami. Kuki pihak ketiga adalah kuki yang ditetapkan oleh sesuatu domain selain daripada laman web yang dikunjungi oleh pengguna tersebut. Jika pengguna mengunjungi sesebuah laman web dan entiti lain menetapkan kuki menerusi laman web tersebut, ini adalah kuki pihak ketiga.

Laman web ini menggunakan kuki tertumpu untuk menyampaikan pengiklanan yang tertumpu kepada pengunjung laman.

Jika anda mendayakan kuki pada peranti anda, kami akan menampilkan iklan yang relevan pada laman web kami. Google dan vendor pihak ketiga menunjukkan iklan merentas laman internet yang berbeza. Jika anda menghidupkan kuki, anda boleh melihat iklan bagi laman web ini pada laman web lain. Sekiranya anda ingin memilih untuk tidak menerima Pengiklanan Yang Disesuaikan, sila kunjungi halaman pemilihan untuk keluar Inisiatif Pengiklanan Rangkaian.

Kami memerlukan supaya kuki didayakan apabila melayari laman web kami agar anda mendapat pengalaman pengguna yang optimum. Sekiranya tidak, anda tidak akan dapat melihat laman web kami secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, anda boleh melumpuhkan kuki dalam tetapan pelayar anda jika anda suka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai mendayakan dan melumpuhkan kuki, sila lawati AboutCookies.

Sila hubungi kami jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kuki yang kami gunakan.

Tarikh ubah suai terakhir: 16 Jan 2015

Hak Cipta © 2001 JLG Industries, Inc., Hak cipta terpelihara.